Salam dan salam pertemuan …..syawal telah berlalu dan terlalu pantas untuk dirasai, keampunan mungkin masih belum cukup dipinta lagi,beginilah senario syawal….

Coretan kali ini aku teringin mengupas tajuk panas yang perlu dibincangkan …mungkin terlalu telus,tapi sudah adab menulis blog,memerlukan satu kupasan…

Untuk pengetahuan korang dalam syawal baru nie aku baru sahaja menonton filem “ayat-ayat cinta”,jalan ceritanya terlalu best,dan aku meletakkan filem itu ditangga yang teratas la dalam industri perfileman.






Walaupun cerita itu sudah lama di pratoton tapi aku mengaku mungkin aku diklafikasikan sebagai orang yang baru “nok kembey” dalam loghat Kelantan ,tapi aku membalasnya ” nevermind” dalam Loghat mat salleh.Genre ceritanya yang berunsur romantik ,sangat bagus untuk difahami oleh anak-anak muda zaman sekarang.

Cuma aku terkilan dan sedikit kecewa dengan beberapa golongan manusia yang mengkritik cerita itu,katanya banyak unsur-unsur yang kurang senang ingin ditonton oleh golongan umum,jalan cerita yang kurang baik ,dan banyak lagi.



Yang paling menyedihkan Kritikan yang membina itu datangnya daripada orang yang cerdik pandai,aku rasakan cerita itu perlu kepada kritikan tapi cuba “HANG” fikir la daripada sudut positif,apa yang cuba disampaikan,jika filem seperti itu tidak dibawa dalam “nafas” remaja sekarang mungkin tak dapat diterima.



Jalan cerita sudah cukup untuk memberi nasihat kepada anak-anak muda sekarang bagaimana cara untuk bergaul antara lelaki dan perempuan ….(Aku sendiri pun insaf woooo……..)

Jadi nasihat aku kepada sahabat yang pernah komen cuba anda fikir dengan telus dan positif….Tepuk dada tanya selera-